Ahad, 24 Mei 2015

Mungkin

Mungkin kerana tidak pernah mengungkapkan cinta,
Kau terluka.

Sayang. Hanya datang untuk hilang.

Jumaat, 15 Mei 2015

Bunuh

Tidak sukar jadi pembunuh.
Kau hanya perlu beri harapan, kemudian berlalu angkuh.

Serta-merta dia kan mati.

Khamis, 14 Mei 2015

Indah

"Segala yang dihasrat tapi tak didapat, adalah nikmat yang paling padat." Begitu, kata Pak Samad.

Nikmat paling padat itu dirasakan sangat singkat. Tak mungkinlah berakhir begitu saja? Tak mungkin kan? Ini mimpi saja kan?

Katanya pada diri sendiri.
Yang indah itu abadi.
Hadir laksana mimpi.
Mengalah setakat ini?

Tak mungkinlah.
Nanti dia kan kembali. Pujuk hati.
Tapi...
Kalau dia tak kembali?
Ya, dia sudah pergi.
Mana mungkin dia mahu gadis yang sudah hancur dengan mimpi mimpi tuk dijadikan isteri?

Rabu, 13 Mei 2015

SEKELIP MATA

Tentang usaha bertahun tahun demi sebuah kerjaya
Tentang usaha bertahun-tahun  demi sebuah hasil kajian
Tentang perkenalan yang membawa bersama harapan indah 

Semuanya musnah
Sekelip mata. 

Tahniah.

Nanti kau takkan ada apa-apa.
Kau hilang semua.
Reputasi, masa depan, dan harapan.

Kau belajarlah mahu hidup bagaimana.

Komplot

Seluruh dunia ada komplot jahat pada Sheila.

Ibu Sheila mahu Sheila mati, sebab Sheila tak habis habis menyusahkan keluarga. Kakak Sheila mahu Sheila mati, sebab Sheila tak mampu bayar hutang Sheila yang menumpang di rumah selama ini. Abang Sheila tak kisah Sheila ada atau tiada, asalkan Sheila tak menganggunya.
Bapa Sheila, lebih rela Sheila mati Dari terus memalukan keluarga.

Sheila dibunuh perlahan lahan.

Dilemaskan, hingga hilang pernafasan.

Pernah ada seorang manusia yang memberikan Sheila alat bantuan pernafasan. Kemudian bila Sheila dapat bernafas, manusia itu merentap laju alat bantuan pernafasan. Sambil ketawa berdekah dekah melihat tangan Sheila terkapai kapai, melambai.

Kemudian Sheila pun mati.Tanpa sesiapa peduli.

Rindu

Tidak lebih dari tujuh malam yang lalu,
Rindu ini dirasakan indah dan abadi.

Lalu sekelip mata tiba tiba,
Rindu ini dirasakan parah dan menyakiti.

Mengapa kamu hadir, hanya untuk pergi?

Kamu tahukan, tidak mudah untuk aku teruskan kerinduan begini?

Selasa, 12 Mei 2015

Rasa

Aku dah terbiasa mengurus waktuku sendiri, kewanganku sendiri, emosiku sendiri, dan segala tentang hidupku....sendiri.

Aku tak apa apa kalau kau tiada bersama.
Aku tak apa apa kalau kau tiada depan mata.
Segala hasrat dan inginku agar kau ada, cuma kata kata.

Hakikatnya, aku memang menanggung duniaku sendiri.

Yang aku mahu hanya rasa. Perkongsian rasa bersama. Dan itu sudah lebih dari cukup. Menemuimu yang mampu memahami setiap rasa, bagaikan syurga.

Biarlah kau tiada depan mata. Tapi aku mahu selalu tahu kau ada. Aku mahu selalu ada bila kau mahu juga.

Izinkan aku, sayang. Menghirup setiap detak rasa kita bersama sama.

2 kg

Susut.
2kg, sejak 2 minggu yang lalu waktu aku kemari.

Kongsi 2

Andainya kejujuranku berkongsi setiap inci yang membuatmu pergi,
Aku rela, tak berkongsi apa apa lagi...
Asalkan kamu,
Jangan pergi.

Maaf aku tak mampu menahan diri,
Hidup tanpa tahu kamu ada disisi.

Kala Hujan Di Bawah Jambatan

Aku hanya penunggang sepeda
Kala hujan
Berlindung bawah jambatan
Berapa lama? tak pernah tahu jawapan

Aku menggigil kedinginan
Bukan semata kerana hujan
Tapi aku gigil ketakutan
Bawah jambatan bersama lima -enam lelaki asing yang tak pernah bersua

Katanya
'Jaga diri'.
Memang kudratku hanya mampu begini.

Jangankan ditemani, mahu mengadu pun, dia sudah pergi...

Isnin, 11 Mei 2015

Tenggelam

Kalau dia hanya ada untuk lihat senyuman kau, dan hilang saat terpaksa berkongsi tangis kau, kau rasa sejauhmana nilai kemanusiaan yang dia ada?

Apapun, perhubungan adalah tentang perkongsian. Kalau dengan kau pun dia taknak berkongsi apa masalah dia, jangan haraplah kau nak berkongsi masalah kau pulak dengan dia!

Kalau dah namanya urus hidup masing masing, sama saja macam sebelum kau kenal dia kan?

Kau memang urus hidup kau sendiri pun sebelum ni. Malahan lebih mudah tanpa dia, sebab kau tak perlu buat laporan dengan siapa kau jumpa.

Kau hiduplah sesuka hati kau. Dah dia suruh kau jaga diri sendiri, kau pun tak perlu sibuk jaga dia lagi. Dia nak berdolak dalik tentang kisah silam ka, nak jumpa orang baru ka, terpulang dia.

Kau ikut saranan dia. Jaga diri sendiri. Bukan untuk dia. Untuk masa depan kau sendiri.

Kalau tiba tiba ada orang tawarkan diri nak jaga kau, perlu ke fikirkan dia lagi? Perlu ke fikirkan orang yang tinggalkan kau terkontang kanting waktu kau dah nak tenggelam sekarang ni?

Waktu ni, fikir tentang setia lagi? Fikirlah, kau dah nak mati. Mati. Mati tenggelam dengan janji janji lelaki.

Gadis

Gadis adalah perempuan yang manis. Senyum tak pernah lekang dari bibir. Gadis gemar menyanyi dan menari. Menghiburkan semua yang menatap dirinya yang manis.

Gadis tak suka menangis. Baginya, hidup ini terlalu singkat untuk berkongsi tangis. Gadis lebih suka ketawa dengan jenaka jenaka sahabatnya. Kadangkala, tanpa tawa si Gadis, pertemuan sahabatnya terasa seperti ada yang hilang. Cepat cepat, mereka menghubungi Gadis. Mengajaknya bersama nikmati indahnya sembang sembang anak muda.

Gadis yang manis, cepat mesra orangnya. Selalu punya banyak cerita. Gadis memang gemar bercerita dan mendengar cerita. Dari pagi hingga ke pagi berikutnya pun Gadis masih mampu menikmati cerita.

Tapi ada sesuatu yang buruk tentang Gadis.

Gadis selalu sembunyi cerita tentang rasanya. Gadis tak pernah tahu bagaimana berkata yang sebenarnya tentang derita. Mungkin Gadis pernah cuba, tapi Gadis semakin ragu untuk berkongsi rasa. Apatah lagi menyerahkan jiwa untuk dipercaya.

Gadis selalu terluka. Mungkin kerana Gadis berkongsi terlalu banyak tentang rasa, lelaki lelaki yang pernah ada, telah tinggalkannya.

Tak ada yang mampu setia. Kerana beban derita Gadis terlalu berat untuk dikongsi bersama.

Gadis akur. Itu takdirnya. Mungkin sampai satu masa, Gadis bukan milik sesiapa. Siapalah yang mahu kalau asyik menanggung derita. Patutlah Gadis selalu ditinggalkan, Gadis sendiri tak ada bahagia untuk dikongsi.

Ahad, 10 Mei 2015

Aku Hanya Mahu Sendiri

Aku hanya mahu sendiri
Ruang dan waktu peribadi

Jangan bagi aku harapan lagi
Jangan beri aku janji janji
Jangan permainkan apa ku rasa lagi
Aku hanya mahu sendiri

Bertahun tahun aku cuba gali keyakinan diri
Mendepani dunia kejam berkali kali

Aku hanya mahu sendiri
Setelah dibunuh berkali kali
Berapa kali kau mahu aku mati?

Datang Dan Pergi

Temuinya tiba-tiba. Tak dirancang. Dengan harapan menemani saat susah dan senang. Sebenarnya boleh saja tanpa dia. Tapi hadirnya menjanjikan setia.

Sesaat setelah bersama, dia pergi. Waktu diperlukan separuh mati. Waktu hidup ditimpa timpa ditekan diserang bertubi tubi. Permainan apakah ini?

Mungkin bukan rezeki. Harta cuma pinjaman ilahi. Ditarik balik untuk menguji. Sejauh mana ingat pada ilahi.
Belajar bahawa nikmat ditarik bila bila masa. Belajar bahawa apa pun boleh terjadi ikut suka. Belajar bahawa tak pernah ada yang pasti walau diberi sepenuh hati tiada bertepi. Belajar bahawa sakit itu memang harus dihadapi, sendiri.

Bahagia sementara. Serik. Tak mungkin biarkan ia kembali menyakiti. Baguslah ia pergi. Memadam bersama memori...

Sakit

Yang lebih menyakitkan bukanlah perpisahan, tapi pengkhianatan.

Buat masa yang lama aku tak perlukan sesiapa untuk bergantung harap, aku kerahkan segala kudrat Dan keringat.

Tiba tiba kau hadir menjanjikan semangat. Kau janjikan setia.

Sekelip mata, hilang begitu saja.

Saat fasa hidup menjunam di aras terbawah dari biasa.

Adakah kau masih manusia? Teganya biarkan aku sebegini derita?

Puas? Musnahkan harapan dan mainkan perasaan?

Sabtu, 9 Mei 2015

HILANG

......................

Ada Masalah?

"Ada masalah?"

Tanya mereka padanya. Dia senyum dan mengeleng.

"Ada masalah?"

Tanya lelaki itu. Dia nangis lantas memeluk lelaki itu.

Ada masa dia terlalu sukar menyatakan rasanya. Ada masa dia hanya mampu mengunci mulut membisu. Sudah tak ada rasa yang mampu dikongsikan dengan orang lain. Sudah tak ada percaya yang mampu dibina dengan orang lain.

Tapi dia tak mampu menahan rasanya sendiri.

Dia hanya ada lelaki itu. Buat masa ini.

Yang dia pun tak pasti, berapa lama lelaki itu akan ada untuknya.

Sebab dia, sudah hilang percaya, pada sesiapa.

Ruang Minda


Bila terlalu banyak dalam otak fikiran, minda tunggu masa untuk meletus meledak tumpahkan segala isi bebanan.k

Masalahnya, sedikit sedikit lama lama ruang minda makin sempit.

Audina,
Georgetown, Penang.

Pertemuan Yang Tak Terlupakan

Tiada kata
Untuk aku gambarkan
Rasa
Bertemu kali pertama

Moga moga
Tempat di mana kita bertemu
Adalah tempat di mana aku ketemu jodohku




Dan rupanya kamu tinggalkan aku hanya sekelip mata setelah aku membayangkan kamu jodohku. (12 Mei 2015). 

Isnin, 4 Mei 2015

10 perkara tentang aku

1. Aku lahir dan membesar di Sabah. 5 tahun belajar di Penang. Sekarang kerja di Selangor.

2. Aku suka buku. Banyak jenis buku. Buku cerita, komik, buku seni, buku ilmiah, buku fesyen, buku kanak-kanak,...kecuali buku sekolah. Erk?

3. Aku suka aktiviti 'outdoor'. Masuk hutan, lepak pantai, naik tempat tinggi, lari-lari dan rekreasi. Tapi aku tak reti bersukan. Sebab aku tak pernah faham peraturan apa sekalipun jenis sukan.

4.Kalau lepak kedai pun aku suka pilih kedai makan yang boleh hirup angin semulajadi. Kalau pergi perpustakaan pun aku mesti ambil angin setiap sejam di luar. Lama-lama dalam tempat berhawa dingin boleh bikin aku pening.

5. Aku suka muzik.walaupun hanya boleh tiup rekorder dan ketuk gamelan. Dan aku agak selektif tentang muzik. Salah muzik kau pasang dalam kereta, ada potensi aku hilang mood.

6. Aku suka tonton seni persembahan. Teater, tarian, puisi, atau apa saja yang melibatkan ekspresi.

7. Kaki jalan. Tak boleh duduk diam di rumah lama-lama. Memang suka travel. Yang ni memang keturunan.

8. Aku suka sejarah. aku rasa setiap orang wajib tahu sejarah.

9. Aku suka menulis. Jangan marah sebab aku tulis panjang. Kalau tak boleh terima jangan baca. Mudah.

10. Aku adalah kategori hopeless romantic. walaupun kau nampak aku macam ego tinggi, aku punya hati rapuh melepuh. Serius.

Words

I'm might be too young to settle down and marry, but i'm definitely too old to be playing anymore games.

I'm too old to just be talking to someone, too old to not know what's really going on, and too old to be entertaining somebody with no intentions of making it work.

At this age, i'm only interested in consistency, stability, respect and loyalty.

-Unknown-

Lagu 3 Cinta

Saat ku tahu kita mendengarkan lagu cinta yang sama, hatiku berbisik,
"Setelah 3 Cinta yang berlalu, moga moga kamulah cinta terakhirku."

https://m.youtube.com/watch?v=JywuY7-cx10

Nota Tentang Pengkhianatan


Pengkhianatan :
Kepercayaan yang teguh tapi dirobek hingga lumpuh. Lebih parah, jika kepercayaan itu disirami dengan kata kata pujukan yang kukuh, sedangkan hakikatnya hanya pemanis lidah bertutur.

Raihlah kepercayaan dengan jujur, hanya itu jaminan rasa yang luhur. Sekali orang lain memberikan kita kepercayaan, sekali itulah kita menjanjikan harapan.

Betapa kerap kali kita dimaafkan, kerap kali jugalah kita seharusnya menghargai nilai kesabaran yang dilaburkan.

Seandainya pengkhianatan itu masih berulang, ternyata yang dikhianati bukan orang lain, tapi diri sendiri yang gemar mensabatoj masa depan.

Aku Kira Aku Sudah

Aku kira aku sudah cuba meminta kepastianmu sejak dulu tentang hal yang satu itu.

Aku kira aku telah temukan jawapan dalam setiap kata katamu untuk meyakinkan aku.

Aku kira aku telah berada dalam hidupmu, bukan untuk memadam sejarah masa lalumu, tapi untuk menjanjikan masa depan tanpa dibayangi masa lalu.

Aku kira aku tahu. Tapi sebenarnya aku tidak tahu.

Yang hatimu masih lagi mengingat dia. Sampai bila?

Mungkin sampai aku pergi dan patah hati dirobek mimpi mimpi. Lagi.