Ahad, 10 Mei 2015

Datang Dan Pergi

Temuinya tiba-tiba. Tak dirancang. Dengan harapan menemani saat susah dan senang. Sebenarnya boleh saja tanpa dia. Tapi hadirnya menjanjikan setia.

Sesaat setelah bersama, dia pergi. Waktu diperlukan separuh mati. Waktu hidup ditimpa timpa ditekan diserang bertubi tubi. Permainan apakah ini?

Mungkin bukan rezeki. Harta cuma pinjaman ilahi. Ditarik balik untuk menguji. Sejauh mana ingat pada ilahi.
Belajar bahawa nikmat ditarik bila bila masa. Belajar bahawa apa pun boleh terjadi ikut suka. Belajar bahawa tak pernah ada yang pasti walau diberi sepenuh hati tiada bertepi. Belajar bahawa sakit itu memang harus dihadapi, sendiri.

Bahagia sementara. Serik. Tak mungkin biarkan ia kembali menyakiti. Baguslah ia pergi. Memadam bersama memori...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan