Memaparkan catatan dengan label audina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label audina. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mei 2015

10 perkara tentang aku

1. Aku lahir dan membesar di Sabah. 5 tahun belajar di Penang. Sekarang kerja di Selangor.

2. Aku suka buku. Banyak jenis buku. Buku cerita, komik, buku seni, buku ilmiah, buku fesyen, buku kanak-kanak,...kecuali buku sekolah. Erk?

3. Aku suka aktiviti 'outdoor'. Masuk hutan, lepak pantai, naik tempat tinggi, lari-lari dan rekreasi. Tapi aku tak reti bersukan. Sebab aku tak pernah faham peraturan apa sekalipun jenis sukan.

4.Kalau lepak kedai pun aku suka pilih kedai makan yang boleh hirup angin semulajadi. Kalau pergi perpustakaan pun aku mesti ambil angin setiap sejam di luar. Lama-lama dalam tempat berhawa dingin boleh bikin aku pening.

5. Aku suka muzik.walaupun hanya boleh tiup rekorder dan ketuk gamelan. Dan aku agak selektif tentang muzik. Salah muzik kau pasang dalam kereta, ada potensi aku hilang mood.

6. Aku suka tonton seni persembahan. Teater, tarian, puisi, atau apa saja yang melibatkan ekspresi.

7. Kaki jalan. Tak boleh duduk diam di rumah lama-lama. Memang suka travel. Yang ni memang keturunan.

8. Aku suka sejarah. aku rasa setiap orang wajib tahu sejarah.

9. Aku suka menulis. Jangan marah sebab aku tulis panjang. Kalau tak boleh terima jangan baca. Mudah.

10. Aku adalah kategori hopeless romantic. walaupun kau nampak aku macam ego tinggi, aku punya hati rapuh melepuh. Serius.

Rabu, 16 Oktober 2013

Hari Raya Ini Dalam Sejarah



Jarang hari raya membawa makna bahagia bagiku. Mungkin sudah terbiasa menanggung pilu. Takbir raya seringkali diadun dengan tangis hati. Tapi kali ini sedikit berbeza. Tangis hati masih berlagu, tapi nadanya tidak lagi meruntun pilu. Hari raya Aidiladha ini memang bersejarah. Jujurnya, aku bahagia. Sekurang-kurangnya mampu duduk bersama. Melihat anak saudara bermain, bermesra, bermanja. Mereka berhak menikmati detiknya bersama keluarga dan sanak saudara di hari mulia. 

Terima kasih, nenda. Mudah-mudahan nenda cepat sembuhnya. Mudah-mudahan juga nenda mampu tersenyum melihat cucunda nenda bergelak ketawa. 

Kalaulah sentiasa begini, tidak perlu serba-salah mengisi ruang hati. 

Mudah-mudahan, selalulah begini.Demi kelangsungan hari nanti.


Sebuah lagu menjadi lebih bermakna apabila nikmatnya benar-benar dirasa.


Nikmati lirik penuh lagu raya dari Monoloque!


Hari Raya Ini Dalam Sejarah 



Lupakan smentara, sgala duka nestapa,

Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Kota Konkrit lengang sunyi,
Terkedu sayu di dalam hati,
Tatkala mendengar takbir berbunyi...

Siang malam bertungkus lumus,
Mencari rezeki, nasi sebungkus,
Apa yang terdaya cukup bermakna,
Hari ini teristimewa!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Hentikan porak peranda,
Nikmati suasana,
Gelak ketawa untuk seketika....

Yang terputus elok disambung,
Yang retak elok dijahiti,
Tak kira fahaman mana yg kau sanjung,
Kanan dan kiri, dihormati,
Pangkat dan darjat, tiada erti,
Bersama sama...

Rehatkan sementara, sengketa di antara kita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Bulan lain berlumba lumba..
Kejar mengejar dunia...
Tiba sudah bulan bermakna,

Semuanya cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup...
sempurna.

Cambahkan tindakbalas kimia di antara kita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita!
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Hari ini Hari Raya,
Hari yang teramat istimewa..
Istimewa

Hari ini Hari Raya!
Rehatkan sengketa,
Bergelak ketawa!




Jumaat, 11 Mei 2012

Keluarga

Sebolehnya.... aku mengelak dari bercerita. aku menghindar dari berbicara. tentang keluarga, yang tercinta.

Setahun ini.
Aku akui dugaannya sangat berat.
Tapi mereka selalu berkata, tuhan takkan menguji jika kita tidak mampu hadapinya.
dan aku percaya.

aku akui. hidup aku kacau bilau.
gelak tawa aku, cumas mahu menyembunyikan seribu rasa.
aku rindukan sahabat.
untuk mencurah rasa jiwa, tapi aku faham...mereka jauh...

tentang keluarga.

mama sakit. papa sakit.
bukan niat aku menjaja kisah sakit untuk meraih simpati orang lain. aku cuma mahu meraih simpati seorang... yang bernama kakak kandung...

aku akui aku rindukan dia.
tapi aku sakit hati, memikirkan tergamaknya dia membiarkan kami begini...


mungkin, satu hari nanti...dia sedar. 
atau mungkin satu hari nanti dia menghilang?
semakin jauh dan menjauh....
dengan dendam. dan prasangka.
yang tidak pun menguntungkan sesiapa...

mama sakit.
papa sakit.
hati aku juga sakit.
mengenangkan betapa perit...


mungkin mereka boleh berkata apa sahaja.
mungkin mulut aku juga terlalu berat untuk bercerita yang sebenarnya.


sebab kisah hidup aku, keluarga aku...macam drama.
yang jauh lebih dramatik...
kalau ditayangkan di kaca tv, nescaya masyarakat akan pelik.

mengadu domba tiada guna.
kesat air mata. doaku padaNya.