Khamis, 17 Oktober 2013

Ini Bukan Klise

Malam tadi, baru saja menghadam 'Ini Bukan Klise -Himpunan Analisa terpilih Seorang Aktivis' tulisan Amin Iskandar. Walaupun buku ini terbitan awal 2013, sudah terlewat rasanya untuk baru membacanya. Sepintas lalu menyelak halaman-halaman himpunan artikel pilihan dalam buku ini, ternya buku ini ditulis dengan harapan menjadi bacaan sebelum menjelangnya pilihanraya ke 13. 

Membelinya pada waktu yang tepat, iaitu sekitar bulan April 2013 menggunakan baucer buku hadiah 'ikhlas' pemimpin kesayangan negara. Tapi belum sempat membacanya lantaran kesibukan dengan latihan praktikal waktu itu. Kemudian, entah mengapa, aku mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali meneliti buku ini.

Apa yang mahu dikatakan?
Kesemuanya himpunan artikel tersebut telah pun diterbitkan di The Malaysian Insider. Cuma disusun kembali, bukan atas kronologi masa, tapi berdasarkan tema dan topik yang dirasakan penulisnya wajar dikelompokkan dalam kategori yang sama.

Jujurnya, aku berikan kredit bagi rekaan kulit buku oleh Fahmi Redza. Menarik minat golongan muda, pastinya. Ibarat kata pengantar yang dicoretkan didalamnya, buku ini cuba lari dari menjadi buku PWTC yang saban tahun diberikan percuma pada Perhimpunan Agung you-em-en-oo. Cubaan yang baik kiranya. Tapi, membaca keseluruhannya, ibarat aku cuma membaca himpunan coretan blogger politik dalam sebuah buku yang berkulit menarik. Sangat, sangat menganggu bagiku, sekiranya sebuah penerbitan buku dipenuhi dengan typo, yang bukan saja pada isi, malahan tajuk-tajuk artikel. Untuk apa membeli kalau aku cuma dihadapkan kualiti tahap sebegini? ( nasib baik aku tak beli pakai duit sendiri, pakai baucer buku saja pun).

Ah, maafkan saja kesilapan teknikal. cuba fokus pada isi!

Hurm, sebenarnya tiada apa maklumat yang baru. tapi bolehlah, sekurang-kurangnya untuk anak muda yang tak pernah tahu dan tak ada masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan politik tanahair,(maklumlah, anak muda sekarang kan sibuk...) bacaan ringkas seperti ini dapat juga membantu mereka meninjau cerita-cerita hangat politik dari era selepas merdeka hingga 2012. Tapi untuk kefahaman, tidak sama sekali. Ini Bukan Klise tidak cukup, Ini Bukan Klise sebenarnya hanya cerita klise politik, yang wajib diketahui umum, sekurang-kurangnya.

Ah, membacanya selepas Pilihanraya ke13 kurang nikmat dan kejutan rasanya! Nilai saspen sudah tiada. Padan muka.  


mungkin selepas ini...

Mungkin selepas ini, sunyi kan membawaku kembali. pada kecintaan sebenarku selama ini.
Mungkin selepas ini, lelah menelaah kan menuntutku pulang pada ilahi
mudah-mudahan, mendekati.

Mungkin selepas ini, aku tak perlukan lelaki
Ke mana ku pergi aku mampu sendiri
Dengan kudrat kedua belah kaki
dan keberanian tak bertepi

Cukup setahun bereksperimentasi
Aku mampu
sunyi dan sendiri itu mainan emosi
bukankah aku sudah punya prioriti?
yang harganya harus kubayar kembali
pada kedua orang tua
yang sudah terlalu banyak memberi
dan aku harus berhenti, menerima lagi.


Rabu, 16 Oktober 2013

Kembali Lagi

"Facebook kill all the talents".



Dush. Menyentap ke hati. 

Terasa tiba-tiba mahu kembali, mencatatkan ekspresi. Apakah yang mahu diharap dari menaip status di Facebook?  


Populariti jauh sekali. sekadar malas. malas mahu menulis. malas mahu meneliti. Facebook memang lebih mudah jika dibanding medium lain.

Tapi, benar. kemudahan itu membunuh kreativiti. kemudahan itu menjadikan kata-kata semakin kurang nilai dan harganya. mungkin yang menekan butang 'like' itu tidakpun membaca. sekadar mencuba menarik perhatian dan tumpuan saja. 


mungkin aku wajar kembali ke sini.



Lagipun, kadangkala sarkastik ku menyentap dan membunuh jua.

walaupun sesekali, ya, memang tujukan pada dia. tapi rasanya dia tak mampu baca. kan dah dibuang dari senarai pembaca? 
sebenarnya, biarlah tidak menarik ribuan pembaca.
lebih mudah.
kurang pembaca, kuranglah yang terasa.
asalkan yang membaca lebih terasa maknanya.
tak pasal-pasal tambah dosa.

jadi, apa motifnya?



Saja.

Hari Raya Ini Dalam Sejarah



Jarang hari raya membawa makna bahagia bagiku. Mungkin sudah terbiasa menanggung pilu. Takbir raya seringkali diadun dengan tangis hati. Tapi kali ini sedikit berbeza. Tangis hati masih berlagu, tapi nadanya tidak lagi meruntun pilu. Hari raya Aidiladha ini memang bersejarah. Jujurnya, aku bahagia. Sekurang-kurangnya mampu duduk bersama. Melihat anak saudara bermain, bermesra, bermanja. Mereka berhak menikmati detiknya bersama keluarga dan sanak saudara di hari mulia. 

Terima kasih, nenda. Mudah-mudahan nenda cepat sembuhnya. Mudah-mudahan juga nenda mampu tersenyum melihat cucunda nenda bergelak ketawa. 

Kalaulah sentiasa begini, tidak perlu serba-salah mengisi ruang hati. 

Mudah-mudahan, selalulah begini.Demi kelangsungan hari nanti.


Sebuah lagu menjadi lebih bermakna apabila nikmatnya benar-benar dirasa.


Nikmati lirik penuh lagu raya dari Monoloque!


Hari Raya Ini Dalam Sejarah 



Lupakan smentara, sgala duka nestapa,

Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Kota Konkrit lengang sunyi,
Terkedu sayu di dalam hati,
Tatkala mendengar takbir berbunyi...

Siang malam bertungkus lumus,
Mencari rezeki, nasi sebungkus,
Apa yang terdaya cukup bermakna,
Hari ini teristimewa!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Hentikan porak peranda,
Nikmati suasana,
Gelak ketawa untuk seketika....

Yang terputus elok disambung,
Yang retak elok dijahiti,
Tak kira fahaman mana yg kau sanjung,
Kanan dan kiri, dihormati,
Pangkat dan darjat, tiada erti,
Bersama sama...

Rehatkan sementara, sengketa di antara kita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Bulan lain berlumba lumba..
Kejar mengejar dunia...
Tiba sudah bulan bermakna,

Semuanya cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup...
sempurna.

Cambahkan tindakbalas kimia di antara kita,
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita!
Hari ini Hari Raya, hari bahagia lagi mulia!

Hari ini Hari Raya,
Hari yang teramat istimewa..
Istimewa

Hari ini Hari Raya!
Rehatkan sengketa,
Bergelak ketawa!




Jumaat, 11 Mei 2012

Keluarga

Sebolehnya.... aku mengelak dari bercerita. aku menghindar dari berbicara. tentang keluarga, yang tercinta.

Setahun ini.
Aku akui dugaannya sangat berat.
Tapi mereka selalu berkata, tuhan takkan menguji jika kita tidak mampu hadapinya.
dan aku percaya.

aku akui. hidup aku kacau bilau.
gelak tawa aku, cumas mahu menyembunyikan seribu rasa.
aku rindukan sahabat.
untuk mencurah rasa jiwa, tapi aku faham...mereka jauh...

tentang keluarga.

mama sakit. papa sakit.
bukan niat aku menjaja kisah sakit untuk meraih simpati orang lain. aku cuma mahu meraih simpati seorang... yang bernama kakak kandung...

aku akui aku rindukan dia.
tapi aku sakit hati, memikirkan tergamaknya dia membiarkan kami begini...


mungkin, satu hari nanti...dia sedar. 
atau mungkin satu hari nanti dia menghilang?
semakin jauh dan menjauh....
dengan dendam. dan prasangka.
yang tidak pun menguntungkan sesiapa...

mama sakit.
papa sakit.
hati aku juga sakit.
mengenangkan betapa perit...


mungkin mereka boleh berkata apa sahaja.
mungkin mulut aku juga terlalu berat untuk bercerita yang sebenarnya.


sebab kisah hidup aku, keluarga aku...macam drama.
yang jauh lebih dramatik...
kalau ditayangkan di kaca tv, nescaya masyarakat akan pelik.

mengadu domba tiada guna.
kesat air mata. doaku padaNya.








Selasa, 6 Mac 2012

tentang dia

mimpi itu mainan tidur. benar. 


bagaimana bila kita bermimpi mengenai seseorang yang sudah lama kita tidak menyebut namanya, tidak bertemu dengannya, tidak berbicara bersama.. dan juga telah lama tidak mengenangnya?


dia.
tidak pernah ada hubungan apa-apa.
dia. sekadar sahabat istimewa.
namun impaknya dalam hidup, hanya Tuhan yang mengerti dan memahami.
dia mungkin tidak pernah tahu, dan takkan pernah tahu apa ada dalam hatiku.
namun sahabat.
ketahuilah, aku sangat merindui kamu.


walaupun rindu itu mungkin tidak lagi 'halal' untuk kamu.
atau untuk aku.
aku mengaku.
aku sangat merindui kamu.




hanya dengan kamu, aku mampu berkongsi segala isu.
kecuali, tentang apa dalam hatiku,... padamu.


untuk hubungan kali ini, 
aku tidak akan pernah menyebut namamu...

Jumaat, 2 Mac 2012

Honda Icon -Joyride~

Sungguh. aku jatuh cinta dan teruja. Setelah belek membelek...insya allah esok aku akan miliki juga Honda Icon idalamku ini...







Ini Honda Icon 2nd Edition. Keluaran tahun .... model perempuan tu Elfira Roy. jadi aku namakan model Icon Elfira... hehe. pada aku, warna merah jambu itu terlalu 'sweet'. comel memang comel tapi... entahlah... rasa tak minat sebab tipikal sangat perempuan pakai pink kan? motor warna pink? hurm, rasa macam tak bersemangat pula naik motor kalau hari hari mengadap warna terlalu lembut macam tu... warna biru? memang aku suka. biru menyerlah. dapat harga paling cantik rm4400. tapi percayalah, tak banyak yang masih ada dekat kedai... stok pun yang mana ada ja... tapi,aku masih rasa yang biru itu cantik...





Icon Lisa Surihani.. walaupun langsung takde gambar aksi Lisa naik motor. hehe. secara design dan warna, lebih catchy. cuma bak kata si dia, alas kaki warna kelabu tu mesti cepat buruk ditelan cuaca panas Malaysia. Tapi, kali ini rim yang lebih sporty digunakan. ada 4 warna, pink,putih-biru,hitam-merah dan oren.aku berminat dengan oren sebenarnya... entahlah, walaupun aku suka gabungan merha-hitam, tapi merah tersebut agak suram... sebab tu aku tertarik pada yang oren. tapi, berbanding design sebelum ini, sticker Icon kali ni agak kurang menarik lah... walaupun dari segi lain dah catchy. alah, sticker boleh tukar je pun....hahha. tapi, jujurnya, waktu nampak design ini, hati aku masih pada Icon Elfira yang kaler biru tu.





Icon SE- Special Edition. Dengan pastinya bagi menarik perhatian remaja lelaki di luar sana... Icon SE ini diperkenalkan. dengan warna body dan rim yang sebijik Honda Dash, jujur aku tidak merasa berminat sangat... entahlah. warna ala Jalur Gemilang ni mungkin maskulin bagi lelaki, tapi kurang menarik hati gadis-gadis seperti aku..hehe. Aku hampir beli model 2nd hand yang baru diguna 1300km... dengan harapan nak ubah warna body kalau ada duit lebih nanti...tapi akhirnya berubah fikiran setelah melihat design baru yang dikeluarkan...

Design baru itu masih terlalu awal dipasarkan... dan sempat juga aku eksyen dengan pengedar Honda yang tak tahu tentang design baru ni masa buat survey kat kedai motor area Penang petang tadi... hihihi... untuk melihat dengan lebih lanjut, klik link dibawah....


aku sangat jatuh cinta pada warna hitam-emas walaupun aku rasa sasaran pembelinya lelaki lagi, tapi aku tetap suka yang warna tu!