Selasa, 12 Mei 2015

2 kg

Susut.
2kg, sejak 2 minggu yang lalu waktu aku kemari.

Kongsi 2

Andainya kejujuranku berkongsi setiap inci yang membuatmu pergi,
Aku rela, tak berkongsi apa apa lagi...
Asalkan kamu,
Jangan pergi.

Maaf aku tak mampu menahan diri,
Hidup tanpa tahu kamu ada disisi.

Kala Hujan Di Bawah Jambatan

Aku hanya penunggang sepeda
Kala hujan
Berlindung bawah jambatan
Berapa lama? tak pernah tahu jawapan

Aku menggigil kedinginan
Bukan semata kerana hujan
Tapi aku gigil ketakutan
Bawah jambatan bersama lima -enam lelaki asing yang tak pernah bersua

Katanya
'Jaga diri'.
Memang kudratku hanya mampu begini.

Jangankan ditemani, mahu mengadu pun, dia sudah pergi...

Isnin, 11 Mei 2015

Tenggelam

Kalau dia hanya ada untuk lihat senyuman kau, dan hilang saat terpaksa berkongsi tangis kau, kau rasa sejauhmana nilai kemanusiaan yang dia ada?

Apapun, perhubungan adalah tentang perkongsian. Kalau dengan kau pun dia taknak berkongsi apa masalah dia, jangan haraplah kau nak berkongsi masalah kau pulak dengan dia!

Kalau dah namanya urus hidup masing masing, sama saja macam sebelum kau kenal dia kan?

Kau memang urus hidup kau sendiri pun sebelum ni. Malahan lebih mudah tanpa dia, sebab kau tak perlu buat laporan dengan siapa kau jumpa.

Kau hiduplah sesuka hati kau. Dah dia suruh kau jaga diri sendiri, kau pun tak perlu sibuk jaga dia lagi. Dia nak berdolak dalik tentang kisah silam ka, nak jumpa orang baru ka, terpulang dia.

Kau ikut saranan dia. Jaga diri sendiri. Bukan untuk dia. Untuk masa depan kau sendiri.

Kalau tiba tiba ada orang tawarkan diri nak jaga kau, perlu ke fikirkan dia lagi? Perlu ke fikirkan orang yang tinggalkan kau terkontang kanting waktu kau dah nak tenggelam sekarang ni?

Waktu ni, fikir tentang setia lagi? Fikirlah, kau dah nak mati. Mati. Mati tenggelam dengan janji janji lelaki.

Gadis

Gadis adalah perempuan yang manis. Senyum tak pernah lekang dari bibir. Gadis gemar menyanyi dan menari. Menghiburkan semua yang menatap dirinya yang manis.

Gadis tak suka menangis. Baginya, hidup ini terlalu singkat untuk berkongsi tangis. Gadis lebih suka ketawa dengan jenaka jenaka sahabatnya. Kadangkala, tanpa tawa si Gadis, pertemuan sahabatnya terasa seperti ada yang hilang. Cepat cepat, mereka menghubungi Gadis. Mengajaknya bersama nikmati indahnya sembang sembang anak muda.

Gadis yang manis, cepat mesra orangnya. Selalu punya banyak cerita. Gadis memang gemar bercerita dan mendengar cerita. Dari pagi hingga ke pagi berikutnya pun Gadis masih mampu menikmati cerita.

Tapi ada sesuatu yang buruk tentang Gadis.

Gadis selalu sembunyi cerita tentang rasanya. Gadis tak pernah tahu bagaimana berkata yang sebenarnya tentang derita. Mungkin Gadis pernah cuba, tapi Gadis semakin ragu untuk berkongsi rasa. Apatah lagi menyerahkan jiwa untuk dipercaya.

Gadis selalu terluka. Mungkin kerana Gadis berkongsi terlalu banyak tentang rasa, lelaki lelaki yang pernah ada, telah tinggalkannya.

Tak ada yang mampu setia. Kerana beban derita Gadis terlalu berat untuk dikongsi bersama.

Gadis akur. Itu takdirnya. Mungkin sampai satu masa, Gadis bukan milik sesiapa. Siapalah yang mahu kalau asyik menanggung derita. Patutlah Gadis selalu ditinggalkan, Gadis sendiri tak ada bahagia untuk dikongsi.

Ahad, 10 Mei 2015

Aku Hanya Mahu Sendiri

Aku hanya mahu sendiri
Ruang dan waktu peribadi

Jangan bagi aku harapan lagi
Jangan beri aku janji janji
Jangan permainkan apa ku rasa lagi
Aku hanya mahu sendiri

Bertahun tahun aku cuba gali keyakinan diri
Mendepani dunia kejam berkali kali

Aku hanya mahu sendiri
Setelah dibunuh berkali kali
Berapa kali kau mahu aku mati?

Datang Dan Pergi

Temuinya tiba-tiba. Tak dirancang. Dengan harapan menemani saat susah dan senang. Sebenarnya boleh saja tanpa dia. Tapi hadirnya menjanjikan setia.

Sesaat setelah bersama, dia pergi. Waktu diperlukan separuh mati. Waktu hidup ditimpa timpa ditekan diserang bertubi tubi. Permainan apakah ini?

Mungkin bukan rezeki. Harta cuma pinjaman ilahi. Ditarik balik untuk menguji. Sejauh mana ingat pada ilahi.
Belajar bahawa nikmat ditarik bila bila masa. Belajar bahawa apa pun boleh terjadi ikut suka. Belajar bahawa tak pernah ada yang pasti walau diberi sepenuh hati tiada bertepi. Belajar bahawa sakit itu memang harus dihadapi, sendiri.

Bahagia sementara. Serik. Tak mungkin biarkan ia kembali menyakiti. Baguslah ia pergi. Memadam bersama memori...