Khamis, 17 Oktober 2013

Ini Bukan Klise

Malam tadi, baru saja menghadam 'Ini Bukan Klise -Himpunan Analisa terpilih Seorang Aktivis' tulisan Amin Iskandar. Walaupun buku ini terbitan awal 2013, sudah terlewat rasanya untuk baru membacanya. Sepintas lalu menyelak halaman-halaman himpunan artikel pilihan dalam buku ini, ternya buku ini ditulis dengan harapan menjadi bacaan sebelum menjelangnya pilihanraya ke 13. 

Membelinya pada waktu yang tepat, iaitu sekitar bulan April 2013 menggunakan baucer buku hadiah 'ikhlas' pemimpin kesayangan negara. Tapi belum sempat membacanya lantaran kesibukan dengan latihan praktikal waktu itu. Kemudian, entah mengapa, aku mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali meneliti buku ini.

Apa yang mahu dikatakan?
Kesemuanya himpunan artikel tersebut telah pun diterbitkan di The Malaysian Insider. Cuma disusun kembali, bukan atas kronologi masa, tapi berdasarkan tema dan topik yang dirasakan penulisnya wajar dikelompokkan dalam kategori yang sama.

Jujurnya, aku berikan kredit bagi rekaan kulit buku oleh Fahmi Redza. Menarik minat golongan muda, pastinya. Ibarat kata pengantar yang dicoretkan didalamnya, buku ini cuba lari dari menjadi buku PWTC yang saban tahun diberikan percuma pada Perhimpunan Agung you-em-en-oo. Cubaan yang baik kiranya. Tapi, membaca keseluruhannya, ibarat aku cuma membaca himpunan coretan blogger politik dalam sebuah buku yang berkulit menarik. Sangat, sangat menganggu bagiku, sekiranya sebuah penerbitan buku dipenuhi dengan typo, yang bukan saja pada isi, malahan tajuk-tajuk artikel. Untuk apa membeli kalau aku cuma dihadapkan kualiti tahap sebegini? ( nasib baik aku tak beli pakai duit sendiri, pakai baucer buku saja pun).

Ah, maafkan saja kesilapan teknikal. cuba fokus pada isi!

Hurm, sebenarnya tiada apa maklumat yang baru. tapi bolehlah, sekurang-kurangnya untuk anak muda yang tak pernah tahu dan tak ada masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan politik tanahair,(maklumlah, anak muda sekarang kan sibuk...) bacaan ringkas seperti ini dapat juga membantu mereka meninjau cerita-cerita hangat politik dari era selepas merdeka hingga 2012. Tapi untuk kefahaman, tidak sama sekali. Ini Bukan Klise tidak cukup, Ini Bukan Klise sebenarnya hanya cerita klise politik, yang wajib diketahui umum, sekurang-kurangnya.

Ah, membacanya selepas Pilihanraya ke13 kurang nikmat dan kejutan rasanya! Nilai saspen sudah tiada. Padan muka.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan