Ahad, 24 Mei 2015

Mungkin

Mungkin kerana tidak pernah mengungkapkan cinta,
Kau terluka.

Sayang. Hanya datang untuk hilang.

Jumaat, 15 Mei 2015

Bunuh

Tidak sukar jadi pembunuh.
Kau hanya perlu beri harapan, kemudian berlalu angkuh.

Serta-merta dia kan mati.

Khamis, 14 Mei 2015

Indah

"Segala yang dihasrat tapi tak didapat, adalah nikmat yang paling padat." Begitu, kata Pak Samad.

Nikmat paling padat itu dirasakan sangat singkat. Tak mungkinlah berakhir begitu saja? Tak mungkin kan? Ini mimpi saja kan?

Katanya pada diri sendiri.
Yang indah itu abadi.
Hadir laksana mimpi.
Mengalah setakat ini?

Tak mungkinlah.
Nanti dia kan kembali. Pujuk hati.
Tapi...
Kalau dia tak kembali?
Ya, dia sudah pergi.
Mana mungkin dia mahu gadis yang sudah hancur dengan mimpi mimpi tuk dijadikan isteri?

Rabu, 13 Mei 2015

SEKELIP MATA

Tentang usaha bertahun tahun demi sebuah kerjaya
Tentang usaha bertahun-tahun  demi sebuah hasil kajian
Tentang perkenalan yang membawa bersama harapan indah 

Semuanya musnah
Sekelip mata. 

Tahniah.

Nanti kau takkan ada apa-apa.
Kau hilang semua.
Reputasi, masa depan, dan harapan.

Kau belajarlah mahu hidup bagaimana.

Komplot

Seluruh dunia ada komplot jahat pada Sheila.

Ibu Sheila mahu Sheila mati, sebab Sheila tak habis habis menyusahkan keluarga. Kakak Sheila mahu Sheila mati, sebab Sheila tak mampu bayar hutang Sheila yang menumpang di rumah selama ini. Abang Sheila tak kisah Sheila ada atau tiada, asalkan Sheila tak menganggunya.
Bapa Sheila, lebih rela Sheila mati Dari terus memalukan keluarga.

Sheila dibunuh perlahan lahan.

Dilemaskan, hingga hilang pernafasan.

Pernah ada seorang manusia yang memberikan Sheila alat bantuan pernafasan. Kemudian bila Sheila dapat bernafas, manusia itu merentap laju alat bantuan pernafasan. Sambil ketawa berdekah dekah melihat tangan Sheila terkapai kapai, melambai.

Kemudian Sheila pun mati.Tanpa sesiapa peduli.

Rindu

Tidak lebih dari tujuh malam yang lalu,
Rindu ini dirasakan indah dan abadi.

Lalu sekelip mata tiba tiba,
Rindu ini dirasakan parah dan menyakiti.

Mengapa kamu hadir, hanya untuk pergi?

Kamu tahukan, tidak mudah untuk aku teruskan kerinduan begini?

Selasa, 12 Mei 2015

Rasa

Aku dah terbiasa mengurus waktuku sendiri, kewanganku sendiri, emosiku sendiri, dan segala tentang hidupku....sendiri.

Aku tak apa apa kalau kau tiada bersama.
Aku tak apa apa kalau kau tiada depan mata.
Segala hasrat dan inginku agar kau ada, cuma kata kata.

Hakikatnya, aku memang menanggung duniaku sendiri.

Yang aku mahu hanya rasa. Perkongsian rasa bersama. Dan itu sudah lebih dari cukup. Menemuimu yang mampu memahami setiap rasa, bagaikan syurga.

Biarlah kau tiada depan mata. Tapi aku mahu selalu tahu kau ada. Aku mahu selalu ada bila kau mahu juga.

Izinkan aku, sayang. Menghirup setiap detak rasa kita bersama sama.